Sunday, November 25, 2012

Rakyat jelek satira lapuk mainan Mahathir


Lewat ini, terlalu banyak komen-komen serta pandangan negatif yang keluar dari mulut mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rakyat Malaysia telah jelek dan muak untuk mendengar pandangan-pandangan penuh kepentingan peribadi yang beliau keluarkan.

Hanya segelintir kaki ampu dan penakut yang bercita-cita mendaki politik Umno yang rapuh, masih tegar menjadi tukang sorak politikus veteran ini.


Kenyataan terbaru Tun Mahathir yang menyebut bahawa DAP menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kini, adalah supaya senang untuk mengawalnya, adalah satu lagi satira lapuk mainan si veteran politik yang semua tahu di belakang tabir sibuk-sibuk mencatur tapak politik untuk anakandanya Mukhriz Mahathir.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat Tun Mahathir ini tidak pernah surut kebenciannya terhadap Anwar walaupun telah menzalimi beliau dengan menghumban bekas Timbalan Perdana Menteri itu ke bilik gelap di Penjara Sungai Buloh selama enam tahun.

Malah, semenjak itu tidak kurang sindiran serta kenyataan -kenyataan yang secara sinikal cuba menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

AIC percaya Tun Mahathir benar-benar gusar melihat senario dan landskap politik Malaysia kini yang begitu memihak kepada bekas seterunya itu, sekaligus merencatkan segala perancangan monopoli yang dicaturkannya untuk Mukhriz di dalam politik serta Mirzan dan Mokhzani dalam bidang perniagaan.

Semua orang hairan, apabila Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, sekalipun tewas dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno kepada Khairy Jamaludin.

Tangan siapakah yang mencatur semua ini? Bagaimana pula dengan Mokhzani yang menerima tender Petronas bernilai RM836 juta seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily?

Maka siapakah yang mengawal dalam situasi ini? Bukankah jelas Tun Mahathir mempunyai kuasa mengawal apa yang beliau mahukan di Malaysia, atau lebih tepat mengawal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak?

Tun Mahathir harus muhasabah diri dan bertenang, membiarkan segalanya berlaku mengikut kehendak dan kuasa rakyat. Kuasa rakyat pernah menolaknya dari singgahsana Putrajaya.

Namun Mahathir masih mendabik dada dan meneroka segala peluang dan kekayaan untuk diwarisi keturunannya.

AIC yakin rakyat Malaysia begitu pemaaf dan melupakan. Tetapi Mahathir tidak boleh memandang enteng amarah rakyat sekiranya mereka merasakan mereka terus-terusan ditindas dan dinafikan hak memilih.
Sokongan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sukar dibendung lagi. Walaupun wujud halangan demi halangan, kuasa keramat iaitu rakyat sudah siap sedia merayakan kemenangan hak sedikit masa lagi!

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...