Wednesday, November 7, 2012

Umno BN main sentimen agama untuk raih sokongan Melayu – Anwar


Umno BN tergamak memainkan sentimen agama dan mengambil pendekatan keras terhadap golongan bukan Islam semata-mata untuk raih sokongan Melayu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu mengulas serangan terdesak Umno BN menerusi media kawalannya, Utusan Malaysia dan TV3 terhadap Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar berhubung komennya dalam soal kebebasan agama.

Menyifatkan serangan yang diterima Nurul Izzah itu tidak adil, Anwar berkata, kenyataan tersebut tidak patut dimanipulasi hanya untuk mendapat sokongan politik kerana perihal agama adalah soal keyakinan.


“Apa isunya? Saya baca teks (ucapan Nurul Izzah) dan jelas Perlembagaan (Persekutuan dihormati).

“Mereka pun buat perkara sama terhadap kenyataan saya…ambil satu dua ayat (dan putar belit),” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah di forum ‘Islamic State: Which version? Whose responsibility?’.

Pada hari sama, Nurul Izzah menyanggah tuduhan itu dan menegaskan sama sekali tidak mengeluarkan kenyataan meremehkan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan mungkin akan memanggil beliau untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya.

Anwar berkata, Jais perlu mengambil tindakan kepada umat Islam yang terlibat dalam perjudian dan syarikat arak seperti San Miguel jika benar badan itu ingin menjaga kesucian Islam.

“Tetapi agama diguna jadi alat politik bagi umno, ini saya fikir tidak sihat,” kata Ketua Pembangkang.
Nurul Izzah dalam sidang media sebelum itu menyatakan kesediaannya berjumpa Jais, namun berharap badan itu turut memanggil Utusan kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.- Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...