Monday, May 24, 2010

Hasil Wang Judi, Umno-BN gunakan Untuk Kepentingan Politik

Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh Kota Bharu malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.


erapakatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...