KOTA BHARU 30 Mei -Rakyat perlu faham sikap Umno-Barisan Nasional yang sebenar agar mereka tidak terus ditipu dan dizalimi oleh mereka.
Ahli Perlimen Machang, Saifuddin Nasution (gambar) yang berucap di Ceramah Perdana di Padang Perdana dii sini semalam menjelaskan rakyat perlu mengambil tindakan segera menolak Umno-Barisan Nasional kerana sudah banyak perkara yang mereka lakukan tanpa memperdulikan hati dan perasaan rakyat.
"Saya menyeru agar seluruh rakyat khususnya di Kelantan supaya faham sikap zalim BN, sudah banyak yang mereka lakukan tanpa memperdulikan hati dan perasaan rakyat. Kita lihat pemimpin dari Kelantan sendiri telah mengumumkan lesen judi bola, ini satu yang memalukan rakyat Kelantan.
"Konsep judi yang dibawa oleh BN cukup mudah, kita bukan perlu keluar dari rumah tetapi judi akan datang ke rumah. Sikap Datuk Dr Awang Adek Hussin ini adalah di luar sifat orang Melayu yang begitu sensitif dengan soal judi tetapi dia dah terkeluar daripada sifat tersebut.
"Rakyat Kelantan juga perlu tahu BN bukan sahaja luluskan lesen judi tetapi telah menjemput Apco yang dibelakangi oleh individu yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel dan telah membunuh rakyat Palestin tetapi BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak melihat itu semua, mereka hanya fikir kepentingan peribadi saja.
"Mufti dan Menteri Agama Umno juga tidak pernah melenting atau mengeluarkan suara mereka dalam membantah tindakan yang telah dilakukan oleh ketua mereka, mereka lebih takut Najib daripada hukum Allah yang melaknat penglibatan yang bercanggah dengan yang dilarang dan haram," kata Saifuddin.
Turut membongkar tentang sikap Umno-BN yang tidak pernah tulus dalam melakukan sesuatu terutama soal duit rakyat yang di ambil tanpa sedar, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya memberitahu pada tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor beliau telah dapat mengesan penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang melibatkan harta negeri.
"BN memang pandai menyembunyikan rahsia sebab apa pada tahun pertama pemerintahan Pakatan, kita telah dapat mengesan wujud penyelewengan telah berlaku dalam penggunaan tanah milik kerajaan negeri. Kita dapat kesan mereka telah melakukan perjanjian dengan syarikat swasta terhadap penyerahan tanah tersebut dan memberi penuh kuasa kepada pemaju.
"Ini sesuatu yang diluar jangkaan kita, selain itu juga bukan sahaja tanah diberi kuasa malah hutang-hutang syarikat terbabit juga di sembunyikan sehinggalah kita membongkar semula setelah meneliti perjanjian tersebut, dengan tujuan untuk mengambil balik tanah yang diberikan.
"Pembongkaran kita itu telah membuahkan hasil yang mana syarikat terbabit bersetuju membayar hutang mereka kepada kerajaan negeri.
"Minggu lepas kita mendengar kenyataan Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan Malaysia akan jatuh bankrup dalam masa sembilan tahun dari sekarang jika sistem pentadbiran tidak diubah, tujuannya hanyalah satu ingin menarik balik subsidi yang telah diberikan kepada rakyat.
"Saya akui kalau pentadbiran seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN di Selangor menjadi formula kepada pentadbiran mereka di Putrajaya, bukan dalam masa sembilan tahun negara ini bankrap mungkin lebih awal lagi. Jual harta negeri mahupun negara untuk poket sendiri, hutang disembunyikan kesemua itu boleh menyebabkan negara ini berada dalam keadaan bankrap," katanya.-SK
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment