Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan (ADUN) Klang Badrul Hisham mampu berkhidmat kepada rakyat selepas menyertai Umno.
Beliau berharap Badrul yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas, akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat yang benar-benar berwibawa.
"Saya berharap beliau bertanding sebagai wakil Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menempatkan seseorang yang lebih canggih dan lebih baik. Terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya.
Badrul menjadi wakil bebas setelah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat 6 bulan lepas menyertai Umno Jumaat lalu dengan menyerahkan borang ahli kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Khalid juga meminta rakyat sendiri menilai sejauh mana prestasi Badrul sebagai ADUN bawah Umno-BN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan gembira kerana Umno sudi mengutip pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.
“Kita tidak terkejut dengan tindakan beliau (Badrul) dan kita ucapkan terima kasih kerana Umno bersedia menerima pemimpin atau wakil rakyat yang tidak berkualiti seperti itu.
“Ini menunjukkan Badrul keluar PKR dan jadi ADUN Bebas hanya sementara. Hari ini membuktikan bahawa Badrul sebenarnya mahu kembali kepada Umno dan mendapat ganjaran dan tawaran.
"Sebab itu kita dalam PKR tidak berasa tergugat dan terkesan,” katanya.-TVS

No comments:
Post a Comment