Monday, January 16, 2012

Mat Sabu : BN Takut Bebaskan Media


          Meminta Kerajaan Pusat membebaskan peranan media untuk lebih bersikap adil dan saksama, tidak ubah seperti 'meminta sisik pada ikan keli'.
         Demikian kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mengambarkan kegelisahan dan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak berdepan dengan kekuatan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Kita hadapi kekangan media yang bersikap tidak adil, sedarkah kita, kita mengemukakan lapan tuntutan pilihanraya bersih dan adil (Bersih 2.0), dalam semua tuntutan ini, tuntutan paling sukar dilaksanakan oleh pemerintah membebaskan media.


"Kita hanya ada satu pilihan iaitu menerusi media alternatif, Keadilan Daily, Harakah, termasuklah TvSelangor maka PAS, PKR dan DAP harus memperkasakan media ini,"jelasnya.

Sejajar dengan moto konvensyen "Bersihkan Malaysia", Mohd Sabu menggesa seluruh rakyat bersiap sedia dengan seluruh kekuatan dan persiapan mentaliti yang teguh untuk menentang keangkuhan Umno-Bn yang selama ini menganggap hanya mereka sahaja yang mampu mentadbir negara ini.

"Dalam pemikiran rakyat hari ini, semua memikirkan siapa yang akan menjadi perdana menteri sekirannya An war Ibrahim tertangkap dalam fitnah liwat, Adakah Najib Razak..? Muhyiddin Yassin...? jauh sekali Rosmah Mansor, kerana rata-rata rakyat inginkan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memimpin negara,"

Dalam pada itu menurut Mohd Sabu, negara sedang mengalami arus ke arah bangrap disebabkan pengurusan kewangan negara yang boros dan salah perancangan pengurusan.

Beliau turut memberikan ikon baru "BN Menang Malaysia Bangrap" dan meminta seluruh perwakilan berdiri dan melaungkan ikon tersebut.

Katanya ikon tersebut juga akan dijadikan sebagai salah satu slogan yang akan dijadikan bahan kempen dalam pilihanraya umum akan datang.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...