Friday, November 11, 2011

Undi Pos di Lembah Pantai meningkat 1,363 peratus



                    Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangannya terhadap peningkatan undi pos yang mendadak sebanyak 1363 peratus di kawasan itu.
                   Naib Presiden KEADILAN itu berkata, sebanyak 149 undi pos direkodkan pada 26 September 2011 namun beliau hairan dengan jumlah yang meningkat kepada 2180 pengundi pada 2 November 2011.

“Itu tak termasuk lagi isteri-isteri mereka yang dalam undang-undang Malaysia dibolehkan mengundi menerusi undi pos.


“Kita juga mendapat senarai jumlah pemilih yang dikesan tanpa alamat dalam senarai SPR berjumlah 4847. Jadi kita bangkitkan kerana ia menimbulkan keraguan, tiada alamat rumah, siapa-siapa boleh melakukan penipuan,” katanya.

Izzah turut mendedahkan penambahan mendadak undi pos di Balai Polis Petaling dengan 497 pengundi iaitu penambahan sebanyak 63 pemilih, Balai Polis Bangsar sebanyak 478 pengundi dengan penambahan 121 pemilih dan Balai Polis Kerinci seramai 41 pengundi dengan penambahan sebanyak 25 pemilih.

Selain itu katanya, pihaknya juga menemui senarai pengundi di lokaliti kosong iaitu pendaftaran nama pemilih di Kampung Haji Abdullah Hukum di mana kampung tersebut tidak lagi wujud setelah penduduk asal dipindahkan.

“Bagaimana mungkin wujud pengundi di kampung yang sudah lagi tidak wujud. Apa yang lebih mengejutkan pada masa yang sama berlakunya penambahan nama pemilih daripada 3,204 nama pemilih kepada 3,300 pemilih, iaitu penambahan sebanyak 96 nama pemilih walaupun Kampung Haji Abdullah Hukum tidak lagi wujud di dalam
peta Lembah Pantai,” katanya lagi.

Nurul Izzah turut memberitahu penemuan-penemuan itu membuktikan wujudnya kecacatan dalam senarai pemilih yang dipamerkan oleh SPR.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera atas penyelewengan yang wujud dalam daftar pemilih tersebut.Sebaliknya sistem sedia ada dan keengganan SPR bersikap dengan lebih terbuka membantutkan sebarang usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang akan digunapakai di dalam pilihanraya umum yang akan
datang,” katanya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...