Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, February 22, 2010
PEMIMPIN LOMPAT PARTI ADALAH PENGKHIANAT
"Pemimpin yang melompat parti adalah pengkhianat amanah rakyat. Jika mereka tidak amanah kapada seorang, mereka menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilih nya pada pilihan raya".- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Pemimpin politik yang melompat parti adalah merupakan pengkhianat dan perlu minta maaf pada setiap pengundi dikawasan mereka kerana mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kapadanya pada pilihan raya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz berkata sekiranya pemimpin yang dipilih rakyat tidak amanah, maka beliau telah melakukan satu dosa.
"Pemimpin tidak amanah kapada seorang, maka beliau menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilihnya. "Rakyat telah memberikan kita mandat dan kepercayaannya untok membuat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti yang lain, maknanya kita telah tolak hasrat rakyat atau pengundi. Jika pengundi itu 10,000, kita kena bertanggungjawab kapada 10,000 diakhirat kelak. Kata Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu baru-baru ini.
Bagaimana pun Tuan Guru Nik Aziz Berkata, pemimpin yang melompat dari parti lain untok menyertai Pas boleh dianggap sebagai kembali kapada matlamat asal perjuangan politik menurut islam. "Orang melayu kembali kapada Pas bermakna mereka kembali kapada asal kerana mereka rasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang memisahkan politik dengan agama". Katanya.
Bagi pandangan penulis, tindakan wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin yang melompat parti adalah jelas sebagai pengkhianat amanah dan mandat rakyat yang memilihnya pada pilihanraya. Tindakan wakil rakyat itu menimbulkan berbagai-bagai masaalah kapada parti mereka dalam politik. Rakyat yang memilih mereka juga merasa kesal dan marah kerana telah mengkhianati amanah mereka. Kadang-kadang rakyat yang memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berdasarkan lambang parti politik. Dengan apa cara bentuk alasan sekali pun rakyat tidak boleh menerima hakikat ini. Cara yang sebenarnya jika mereka tidak sehaluan dengan parti nya, mereka haruslah meletakan jawatan sebagai wakil rakyat dan memberi laluan kapada pilihan raya. Bukan dengan melompat kapada parti yang lain kerana pengundi memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berlandaskan lambang parti yang mereka sertai. Barulah dikira wakil rakyat yang menerima konsep demokrasi.
Penulis juga pernah mengundi, tapi penulis memilih lambang parti bukan memilih individu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment