UMNO tidak akan memecat Tengku Razaleigh Hamzah atau pun mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Sebagai Ahli Parliment Gua Musang, Ku Li tidak pernah merasai takut atau gentar diatas desakkan setengah pihak dalam UMNO yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapkan mengenai royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad ke-4, Kota Bharu pada 28 januari yang lalu.
Tengku Razaleigh Hamzah atau lebeh dikenali sebagai Ku Li bagi rakyat Kelantan tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dikatakannya tidak menyalahi undang-undang, malah beliau berucap mengenai peruntukan Akta Petroleum 1974 dan dalam perjanjian yang dibuat Petronas dan Kerajaan Kelantan dengan restu kerajaan pusat ketika itu. Tindakan Ku Li yang menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan berdasarkan undang-undang, bukan berdasarkan politik samada negeri itu ditadbir PAS atau UMNO. Akta itu menjelaskan hak negeri untok mendapatkan royalti sebanyak 5 peratus, di mana Ku Li juga merupakan orang yang pengasas sehingga wujudnya Petronas. Malah fakta itu diperkuatkan lagi dengan adanya perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, antara Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili Petronas.
Tindakan Ku Li itu membangkitkan kemarahan setengah daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan pelbagai persoalan yang dituduh kapada Ku Li dengan tindakanya itu. Ada yang menuduh Ku Li mempunyai agenda politik tersendiri dengan membelankangi UMNO dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin. Bagi Pemuda UMNO Kelantan pula mencadangkan Majlis Tertinggi UMNO memanggil Ku Li untok memberi perjelasan berhubung kenyataannya memperjuangkan royalti itu.
Setelah tindakan Ku Li membuat perjelasan ini dan duduk bersama-sama dipentas PAS, adalah satu langkah yang berani dan harus di puji memandangkan Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Pengurusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin harus sedar bahawa Ku Li bukanlah berpihak kapada PAS tetapi berpihak kapada undang-undang dan kebenaran perjanjian royalti itu. Benarlah kata Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara " rakyat kini telah dikelirukan oleh ahli politik yang berfikiran sempit dan bukan arif dalam pentafsiran undang-undang terutamanya tentang isu royalti minyak".
Bagi pendapat penulis kesimpulannya, UMNO tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Ku Li, memandangkan apa yang beliau lakukan demi maruah rakyat Kelantan dan bukan untok diri beliau. UMNO tidak akan memecat Ku Li atau dikenakan tindakan disiplin terhadap beliau kerana ianya akan menghancurkan parti UMNO sendiri. Jika UMNO pecat Ku Li, keadaan UMNO semakin parah di Kelantan. Kemungkinan juga Ku Li akan Menyertai Pakatan Rakyat dan tentu ramai yang maseh ingat ditahun 1990, ketika Ku Li bersama-sama dengan Semangat 46 berganding bahu dengan PAS, menyingkirkan UMNO ,39-0 dalam pilihanraya 1990. Jika UMNO maseh ingat dengan sejarah itu, UMNO akan ketakutan, meski pun Pemudanya berkokok sepanjang zaman. Itulah kekuatan Ku Li di persenda politik Kelantan.
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
No comments:
Post a Comment