Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Bajet BN 2013 dibentang Datuk Seri Najib Razak persis legasi pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup melihat kesengsaraan rakyat demi mengkayakan kroni.
“Walaupun banyak istilah menarik seperti tranformasi, NKRA, GTP dan bermacam-macam dihebohkan, tetapi hakikatnya tak ada perubahan, kronisme tetap sihat dan membesar.
“Ia merupakan satu sistem yang dimulakan oleh Tun Mahathir yang pernah mengatakan 1,000 orang yang ada RM1,000 tiada guna. Tapi lebih baik ada seorang dengan RM1 juta kerana dia mampu, kononnya membawa perubahan kepada ekonomi negara dan bangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum ‘Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara’ di Yayasan Selangor, di sini malam tadi.
Mengambil contoh dalam Bajet BN, Khalid mendedahkan bagaimana perkara itu dilaksana Najib demi kroninya melibatkan syarikat baru minyak dan gas yang bebas cukai 10 tahun.
“Syarikat-syarikat minyak dan gas ini juga akan diberikan hak untuk meneroka telaga-telaga minyak yang diklasifikasikan sebagai milik penuh.
“Syarikat baru itu adalah milik anak Tun Mahathir yang mana perjanjian mereka antara Petronas akan berubah daripada perjanjian secara produksi kepada perjanjian berisiko,” katanya di depan 100 hadirin.
Khalid berkata, Perdana Menteri juga menjadikan pemandu teksi sebagai ‘hamba moden’ dengan pemberian vaucer bernilai RM520 untuk menukar tayar, tetapi tidak mempeduli tuntutan mereka mahukan permit individu.

“Dia (Najib) kata bagi kita satu atau dua tahun untuk kami hapuskan kerana bila dia hapus lesen dan permit-permit daripada kroni, dia kena cari benda lain untuk ganti, sebab itu mereka minta setahun dua lagi.
“Ini sikap tidak serius, dan tak tahu segala masalah ekonomi yang kita hadapi ini hasil daripada struktur sistem ekonomi yang mengkayakan kroni-kroni tertentu.
“Mereka ini yang mendapat AP, lesen goyang kaki di pejabat, sambil orang lain bekerja keras dapat cukup-cukup, tetapi yang ada AP dan lesen ini kaya raya,” katanya.-Keadilandaily
No comments:
Post a Comment