Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil masih meragukan banyak pihak ekoran senarai daftar pemilih yang belum dibersihkan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Bagaimana dengan isu satu rumah teres ada 46 pengundi berdaftar? Jika SPR boleh beri penjelasan tentang isu itu, kita boleh pertimbangkan ketelusan mereka,” katanya.
Beliau merujuk laporan Suara Keadilan 16 Oktober lalu muka surat 22 berhubung laporan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) membuktikan bagaimana satu alamat di nombor 994 Jalan Papan Klang didiami 46 pengundi.
“Di Selangor, kita cukup jelek dengan peningkatan jumlah pengundi entah dari mana setiap hari,” katanya ketika dihubungi. Pengerusi KEADILAN Perak itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof kononnya pelbagai usaha dibuat bagi membersihkan daftar pemilih dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
Mohd Yusof kononnya pelbagai usaha dibuat bagi membersihkan daftar pemilih dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
Beliau yakin pasti ada ‘tangan’ yang masuk campur dalam urusan daftar pemilih.
“Itu yang dikhuatiri dan meragukan banyak badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
September lalu, Keadilan Daily melaporkan SPR gagal dedah senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui.
Sebelum itu, kerajaan Selangor mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008.
Pakatan tuntut penglibatan penyediaan garis panduan
Pakatan Rakyat menuntut penglibatan mereka dalam penyediaan garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh, SPR belum menetapkan tarikh untuk bertemu pimpinan Pakatan walaupun permohonan telah dibuat.
“Kami mahu dilibatkan sama untuk berbincang mengenai kandungan draf itu bagi memastikan pandangan semua parti politik termasuk Pakatan Rakyat diambil kira bukan hanya kepentingan Umno BN.
“Ia penting bagi memastikan hasil kandungan itu kelak benar-benar telus sebelum dilaksanakan,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu kepada Keadilan Daily.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan, SPR sudah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti disyorkan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pilihanraya (PSC).
Garis panduan setebal empat muka surat itu sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat agar tidak menyalahguna kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan semasa berlangsungnya pilihan raya.
Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku berhubung kerajaan sementara.
“Kita juga mendesak SPR membenarkan pemantau pilihan raya memantau perjalanan PRU kali ini demi memastikan perjalanan pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.
“Kita bukan tak percaya pada SPR tetapi badan itu sejak sekian lama seringkali berpihak kepada Umno BN terutama kegagalan mereka hingga kini membersihkan daftar pemilih di Selangor,
” tegas Fuziah.“Kita bukan tak percaya pada SPR tetapi badan itu sejak sekian lama seringkali berpihak kepada Umno BN terutama kegagalan mereka hingga kini membersihkan daftar pemilih di Selangor,
Tiada jaminan PRU 13 bebas dan adil
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyifatkan garis panduan tersebut bukan jaminan PRU ke 13 akan berlangsung bersih.
Beliau berkata, garis panduan itu hanya bertujuan menghalang Pakatan, sedangkan banyak lagi isu yang perlu diutama SPR khususnya lapan tuntutan Bersih.
“Selagi lapan tuntutan Bersih tidak diterima SPR dan dilaksana sebelum Parlimen dibubar, selagi itu tiada jaminan PRU akan datang diadakan secara bebas dan adil,” kata Maria.
Katanya, jika SPR telus, agensi itu patut memberi ruang yang adil kepada setiap parti politik termasuk Pakatan Rakyat untuk muncul di stesen RTM bagi mengumum manifesto masing-masing pada PRU akan datang.
“RTM dan TV3 bukan sahaja berterusan menyerang Pakatan Rakyat, malah enggan memberi ruang kepada pembangkang menjawab serangan itu dan ini tidak adil,” tegas beliau.
“Sebab itu, antara tuntutan Bersih juga ialah akses media bebas dan adil serta kempen minima 21 hari semasa berlangsungnya PRU kerana RTM ialah milik rakyat selaku pembayar cukai,”
jelasnya.Katanya, jika SPR telus, agensi itu patut memberi ruang yang adil kepada setiap parti politik termasuk Pakatan Rakyat untuk muncul di stesen RTM bagi mengumum manifesto masing-masing pada PRU akan datang.
“RTM dan TV3 bukan sahaja berterusan menyerang Pakatan Rakyat, malah enggan memberi ruang kepada pembangkang menjawab serangan itu dan ini tidak adil,” tegas beliau.
“Sebab itu, antara tuntutan Bersih juga ialah akses media bebas dan adil serta kempen minima 21 hari semasa berlangsungnya PRU kerana RTM ialah milik rakyat selaku pembayar cukai,”
Maria turut membidas kenyataan Wan Ahmad kononnya agensi itu juga mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti pembangkang sebelum menyediakan draf tersebut.
“Masalah utama SPR ialah mereka menjawab isu yang kita bangkitkan satu persatu dalam media, patutnya sebagai badan yang sudah lama dan berpengalaman mengurus pilihan raya, mereka menyediakan masa khas untuk menyelesaikan tuntutan kami.
“Lebih malang, Bersih pula berterusan difitnah ‘sebagai kotor’ dalam media kerajaan, sedangkan kami tidak diberi peluang menjawabnya di stesen TV itu,” kesalnya.-Keadilandaily
No comments:
Post a Comment