Friday, October 26, 2012

Tahniah pada DAP berani bidas MCA - TG Nik Aziz


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengutuskan surat ucapan penghargaan kepada DAP atas keberanian membidas MCA dalam serangan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap beliau.

Dalam satu surat yang diutuskan melalui setiausaha politik beliau Wan Nik Wan Yusoff kepada ahli parlimen Rasah Anthony Loke, dinyatakan bahawa Nik Aziz terasa terharu dan berterima kasih atas keberanian Loke membela beliau daripada tuduhan MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.


Aksi Loke bangkit mempertahankan Nik Aziz di parlimen pada Oktober 22 yang lalu menjadi perbualan hangat di sosial media.

Loke menepuk-nepuk meja ketika menyelar Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai presiden "paling biadap" menyokong kenyataan yang mendakwa Nik Aziz menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam.

Perkara tersebut menyebabkan mikrofon Loke dimatikan oleh speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.

Di laman Facebooknya, Loke yang memaparkan surat yang diutus daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan berkata beliau amat amat terharu atas surat yang dikirim.

Loke berkata surat tersebut membuktikan kemurahanhati dan kesederhanaan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!” tambah beliau.

Berikut adalah tulisan Loke di Facebooknya:

“Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!”
.
Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...