Wednesday, August 10, 2011

Lagi pengundi berganda ditemui

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa menemui lima lagi pengundi bertindih di parlimen itu dalam semakan terbaru mereka melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua mereka mempunyai dua kad pengenalan baru yang nombornya berbeza namun mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.

Antaranya individu bernama SA'AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki dua kad pengenalan baru iaitu 380913105681 dan 510913105553 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 1479323.

Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kes kedua membabitkan seorang wanita SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN juga memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 550620055800 dan 560620055412 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777.


Beliau juga mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.

Kes ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama bernombor 8370614, tetapi mempunyai dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Kes keempat iaitu melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Beliau memiliki nombor kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847, tetapi memiliki dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.

Beliau juga mempunyai dua hak kelayakan mengundi iaitu di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Kes kelima, juga dengan memegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, beliau ini mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094. Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/P MURUGESU boleh mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata kesalahan tersebut merupakan perkara sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan.

"Dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa memang terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali. Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara.

"Jika ini merupakan suatu kecuaian, kecuaian ini sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain mahu nama-nama tersebut disiasat oleh JPN dan SPR, mereka juga mahu kedua-dua pihak yang bertanggungjawab itu membuat penjelasan kenapa perkara tersebut boleh berlaku.

Kegagalan memberikan penjelasan munasabah kata mereka, hanya akan mengesahkan dakwaan banyak pihak sebelum ini bahawa sememangnya terdapat komplot pihak tertentu memanipulasi daftar pemilih demi kelangsungan politik mereka.

"Kita juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang.

"Mungkinkah wujud kad pengenalan palsu yang diberikan kepada setiap pengundi ini, bagi membolehkan mereka mengundi 2 kali? kerana ada kad pengenalan tersebut tidak ada dalam senarai jabatan Pendaftaran Negara," tegasnya.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...