Tuesday, August 16, 2011

Akhirnya SPR Akui Sistem Pilihan Raya Malaysia Kotor

Sifat patriotik sudah tidak ada pada SPR,  maka satu proses rombakan terhadap SPR perlu dilakukan segera supaya dilantik dikalangan mereka yang wibawa serta diselia oleh Parlimen
               Kerajaan pemerintahan didesak melakukan rombakan keanggotaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Pengerusi SPR, mengeluarkan kenyataan kononnya tiada satu pun negara didunia ini yang mempunyai sistem pilihan raya yang bersih.
              Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu secara tidak langsung membuktikan sistem pilihan raya di negara ini sememangnya kotor dan tidak telus sebagaimana yang didakwa Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mahfuz menambah Aziz sebagai pegawai tertinggi SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang hanya mendedahkan kepincangan dalam SPR itu sendiri.

“Saya cukup kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan tidak ada daftar pemilih didunia ini, yang bersih. Jadi bagi saya ini satu kenyataan yang sangat memalukan,” katanya.


Mahfuz menegaskan, rombakan keanggotaan SPR itu harus dilakukan sebelum pilihan raya umum ke- 13 akan datang, dengan pelantikan dilakukan oleh Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen.

“Oleh kerana sifat dan nilai patriotik itu sudah tidak ada pada SPR maka satu proses rombakan terhadap SPR perlu dilakukan segera supaya dilantik di kalangan mereka betul- betul bebas dan semua SPR yang ada ini perlu diberhentikan, ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Badan yang akan melantik anggota baru itu perlu bebas dan diselia oleh Parlimen. Badan tersebut bukannya terdiri daripada penjawat kerajaan atau pihak esekutif kabinet Najib,” kata Mahfuz.

SPR sebelum ini bersungguh- sungguh menepis dakwaan yang mengatakan sistem pilihan raya dinegara ini dicemari dengan elemen penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pakatan Rakyat telah berkali- kali berjaya membuktikan wujud pelbagai kepincangan dalam sistem pilihan raya antaranya senarai daftar pemilih yang meragukan, pengundi hantu, pengundi klon dan sebagainya.

Pelbagai laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Isu di Malaysia sekarang ini ialah isu kerana ada pihak yang cuba mengkotorkan system pilihan raya dan jjuga daftar pemilih tu sendiri. 1049 Jadi bukan itu tak ada di dunia ni pemilihan yang bersih. Itu sautu persoalan yang lain,” katanya.

Sikap dolak dalih SPR dan kerajaan pemerintah memaksa rakyat turun beramai- ramai ke jalanan bagi mendesak agar diadakan penambahbaikan dalam pilihan raya negara ini.

“Tapi di Malaysia sekarang sudah banyak dipertikaikan tetapi sebelum ini semuanya dinafikan oleh SPR, tiba-tiba apabila dibuktikan oleh semua pihak, Bersih membuktikan, parti-parti politik membuktikan, akhirnya dia mengaku tak semua daftar pemilih di dunia ni bersih. Jadi baru dia mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini tidak bersih. Sistem perjalanan pilihan raya itu tidak bersih,” katanya lagi.

Mahfuz juga membangkitkan kebimbangan banyak pihak bersabit isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing yang sekaligus mendapat hak untuk menjadi pengundi.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...