Sunday, August 7, 2011

PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal

          Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
          Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.


Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.


"Ini yang membuatkan kita (Pakatan Rakyat) khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik"katanya.

"Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian." katanya pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini.

Katanya, selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, Pakatan Rakyat juga mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'.


"Setakat ini pihak kami dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini memerlukan satu peruntukan yang besar, persoalannya siapa yang akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah yang digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek."soalnya.

Justeru, Tian menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa.

"Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada saya ada tiga keping kad pengenalan atau saya telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini"

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu.

"Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak,"katanya.

"SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk membuktikan kepda semua yang ia tidak boleh dimanipulasi"tambahnya.-Tvsnews

3 comments:

Wan Mohd Ghazali said...

Bodoh sunggup puak demo ni nak dakwat kekal.. sistem biometrik lebih baik.. Rasanya kebodohan puak demo sampai otak kat lutut ke?

Martoiriat said...

Adalah tidak dinafikan dengan sistem biometrik ini ianya canggih dengan teknologi maklumat. Bukan masaalah sistem ini tidak baik atau atau letak otak dekat lutut. Tapi kita kena berfikir, apakah ada jaminan sistem biometrik itu tidak dimanipulasi.? Contohnya Status PR boleh ditukar sebagai Warga Negara dengan sekelip mata. Siapa yang buat kerja-kerja jijik begini? Nescaya JPN dan SPR yang memainkan peranan. Tapi jika status begini pun boleh dimanipulasikan dengan memnberi kerakyatan kepada warga asing, apa lagi dengan mengunakan sistem ini untuk pilihanraya. Nescaya SPR/JPN akan mengunakan talian hayat ini untuk UMNO terus kekal berkuasa.

Jika biometrik. Siapa yang programkan data2 pengundi..? Dalam konteks SPR, hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam pengkalan data.

Data atau maklumat di dalam pengkalan data, tidak boleh berubah dengan sendirinya. Sebaliknya, ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya.
"Siapa yang menggunakannya? Anda tahu siapa? Tentu Programmer dari SPR spesies UMNO

Tapi ianya juga perlu diambil kira, kemungkinan besar, pendatang-pendatang asing (PATI) yang didaftarkan baru-baru ini, kemungkinan data mereka juga akan didaftar serta dimasukkan dalam pangkalan data biometrik ini.

Sebelum digunakan sistem ini jika SPR Jujur seharusnya pemutihan nama daftar pemilih hendak dilakukan terlebih dahulu sebelum dimasukkan nama data-data yang baru tapi SPR tak sanggup melakukan kerja2 begini kerana ianya akan merugikan UMNO-BN. Itu tanda ianya tidak jujur dan ikhlas pada rakyat. Penggunaan sistem ini sebenarnya lebih merbahaya dan tidak akan menyelesaikan masalah daftar pengundi yang bertindih dan pengundian berganda malah akan bertambah pengundi-pengundi hantu yang datang mengundi. Apa lagi dengan sistem biometrik memerlukan ases internet dan bagaimana pula di daerah-daerah pendalaman yang tidak mempunyai ases Internet? Itu juga perlu di ambil kira.

Sistem itu (biometerik) juga tidak menghalang pengundi dua kali kerana ia setakat mengesahkan nama orang yang dimasukkan dalam sistem data itu saja. Jadi kalau nama yang sudah dimasukkan dalam sistem itu bila disemak ia akan mengeluarkan nama itu di mana-mana saja pusat pengundi.

Ini bermakna mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana tidak ada halangan untuk mereka. Inilah yang diperlukan oleh UMNO-BN kerana mereka menyedari sokongan rakyat sudah hilang pada mereka. Contohnya mat-mat indon yang statusnya PR(permanent Residen)sudah menjadi warganegara. Begitu juga dalam buku daftar pemilih SPR nama mereka sudah tersenarai sebagai pengundi namun begitu setelah semak di JPN mereka hanya "Penduduk Tetap" bukan status Warga negara. Tapi kenapa mereka boleh mengundi.? Apa sebabnya jadi begini.?Itu menunjukkan semua bentuk penipuan akan terus diguna pakai oleh SPR apa lagi mengunakan Sistem biometrik ini yang data2nya sudah tersedia ada.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulangkali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Secanggih manapun aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu jika data atau maklumat yang sedia ada di dalam pengkalan data tidak dibersihkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai rakyat akan ketelusan mereka, saya tidak melihat sumbangan sistem biometrik itu kepada ‘ketelusan'. Ianya akan memberi keuntungan kepada UMNO-BN

Wan Mohd Ghazali said...

Saudara Martoiriat, Syabas kerana saudara telah menunjukkan kemantangan dalam berhujah. Komen diatas adalah satu provokasi untuk menilai sejauh mana saudara telah mencapai tahap kemantangan dalam menyampaikan hujah. Adakah saudara tidak akan menyiarkan komen itu seperti kebanyakan bloger pro-pembangkang deperti MSO, Subky Latiff dan banyak lagi blogger lain? Atau Saudara akan berhujah dengan bahasa yang kasar dsbnya


Jika dilihat blogger yang mempunyai pengikut yang tinggi akan menyiarkan semua komen yang dihantar kecuali ia bertentangan dengan undang atau termasuk dalam akta hasutan.Saudara bolih lihat laman chedet.com,kickdefelaa, muqabalah dan juga blogger melikapakjanggak dsb. Mereka ini menyiarkan hampir keseluruhan komen2 samada yang pro atau kontra.

Disini Saudara menunjukan kemantangan dan dapat mengupas isu yang berbangkit dalam dalam berhujah kerana dalam perjuangan mendapat sokongan dari "alam maya" sokongan dari puak yang menentang adalah sama penting dengan sokongan puak yang menyokong. Perkara ini yang selalunya dilupakan olih blogger pro pembangkang yang "syok sendiri" dengan tulisan mereka.

Syabas Saudara Martoiriat dan Selamat berpuasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...