Thursday, August 4, 2011

Azmin : Umno-BN Sanggup Buat Apa Sahaja Asalkan Kekal Berkuasa

Kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kad pengenalan ini kepada warga asing merupakan satu tindakan yang mengkhianati kedaulatan negara. Beberapa agensi kerajaan telah diperalatkan oleh Umno. Mereka tidak lagi mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan PR. Cara untuk menang hanyalah dengan mengunakan talian hayat SPR dengan memasukkan pengundi asing.
           Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sanggup menghalalkan apa jua perkara bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan mereka, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.
         Beliau mengulas bagaimana isu pengundi hantu misalnya yang sudah dikemukakan dengan bukti, tidak ditangani secara berhemah oleh kerajaan pemerintah.

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan melipatgandakan usaha bagi memastikan penipuan yang dilakukan menjelang pilihan raya umum disedari oleh rakyat seterusnya dapat mengelakkan hal sama terus berulang.

"Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan kepada rakyat, ini akan memberikan justifikasi tentang tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 dan juga gabungan Pakatan Rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil,"katanya.


Malah ujar beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa, perkara ini bukan satu isu baru demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno-BN namun ia semakin diperhebatkan melalui gabungan beberapa agensi yang menjadi alat pemerintah.

Terbaru, warga asing diberikan status kewarganegaraan bagi membolehkan mereka mengundi untuk Umno-BN.

Terbaru, Malaysiakini semalam melaporkan seorang bernama Mismah yang berstatus penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi baru dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan hal itu sambil menyifatkannya ia sebagai kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita tidak mahu mereka yang tidak ada hak untuk memilih diberikan laluan yang begitu mudah dan diberikan hak untuk memilih dalam pilihan raya umum nanti,"kata Azmin lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian wang ihsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa kedua sebanyak RM 1,000 kepada 20 keluarga dalam DUN Bukit Antrabangsa di Pusat Khidmat Rakyat, di sini hari ini.

Azmin juga mahu kerajaan melihat isu ini dengan lebih serius kerana melibatkan negara dan tindakan segera di ambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

"Saya minta kepada semua pihak yang berwajib dan bertanggungjawab harus mengambil tindakan yang keras dan tegas kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kad pengenalan ini kepada warga asing merupakan satu tindakan yang mengkhianati kedaulatan negara.

"Beberapa agensi kerajaan telah diperalatkan oleh Umno, memandangkan Umno tidak lagi mempunyai kekuatan jentera parti yang hampir lumpuh di semua peringkat,"kata Azmin lagi.

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...