Undi pos adalah talian hayat UMNO, tanpa undi pos sudah lama mereka terkubur !!!

Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan.
Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli membuktikan tidak berlaku penyelewengan undi pos seperti didedahkan.
Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli membuktikan tidak berlaku penyelewengan undi pos seperti didedahkan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.