Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggesa seluruh warganegara Malaysia yang belum berkesempatan mendaftar sebagai pemilih meluangkan masa untuk berbuat demikian di beberapa lokasi yang akan disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut beliau, Kempen Pendaftaran Pengundi anjuran DAP yang dijadualkan pada 20 hingga 21 ogos ini adalah peluang terbaik kepada anggota masyarakat untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum pilihan raya umum ke 13 - yang dianggarkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.
"15 September depan secara rasminya ialah hari terakhir untuk kami mengantar senarai pengundi baru, sekiranya ia telah digazetkan untuk pilihan raya pada suku pertama tahun hadapan yang dijangkakan pada Mac mahupun April hadapan, jadi ini ialah peluang terakhir kepada pengundi yang cukup syarat untuk mendaftar bertindak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi baru untuk sama-sama mengambil bahagian sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang,"kata pada satu sidang media khas di Ibu Pejabat DAP hari ini.