Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, January 2, 2013
‘Amanat’ selesai jika jadi debat PAS-Umno 1985
Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.
“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, tujuan isu itu dihidupkan supaya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS.
Harapan Umno, katanya supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali kerana mereka sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun.
Menurutnya lagi, undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberikan wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah Cina.
“Insya Allah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut.
“Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama,” katanya.
Beliau berkata, sepatutnya pihak Jakim juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan malaikat juga membuat salah.
“Mana suara Jakim dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah,” tanya beliau.
Katanya, kesan daripada ulama PAS yang memberi penerangan mengenai batas-batas iman dan kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah.
Dulu, ujarnya menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak mengikut hukum Islam negara akan jadi huru-hara dan jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan.
“Apa ulama Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian,” ujarnya.
Justeru, tegasnya masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan.
“Inilah peranan yang dimainkan oleh ulamak PAS untuk memelihara akidah umat Islam,” ujarnya lagi-.Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment