Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, January 1, 2013
PKR Desak Lembaga Tabung Angkatan Tentera Hentikan Urusniaga
PKR hari ini mendesak Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) menghentikan urus niaga dengan Astacanggih Sdn Bhd (Astacanggih) dan Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah) kerana ia merugikan anggota tentera.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen berkenaan.
“PKR akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin,” kata Rafizi dalam kenyataan media.
Ujar Rafizi, desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor (semalam) adalah untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual yang didakwa menggunakan RM160 juta dana awam.
Sewajarnya, Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyamannya di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar.
“Bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini,” katanya.
Kata Rafizi, pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih dan Awan Megah berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd (“Bakti Wira”).
Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”).
Saham majoriti Boustead dikuasai oleh LTAT iaitu sebanyak 61.36 peratus seperti Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini pada mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012.
Manakala, saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.
Tegas Rafizi, keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk pembayaran RM160 juta melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.
Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Najib Razak yang mahu menutup mulut Deepak.
Ujarnya, Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd (“Jendela Hikmat”).
Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun diberi lanjutan tempoh masa sebanyak tiga kali.
“Sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.
“Maka bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.
“Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah,” katanya.
Jelas beliau, Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun.
Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.
“Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja.
“Tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah,” ujar Rafizi.-SelangorKu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment