Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, January 21, 2013
Kenapa cincin RM24 juta tak ikut prosedur kastam?- Chegu Bard
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kemasukan cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibuat mengikut prosedur kastam.
“Ikut prosedur kastam, cincin itu perlu diikrar ketika urusan keluar masuk negara. Tetapi kenapa ia tidak diikut?
“Begitu juga dengan nilai Free on Board (FOB) dan nombor invois yang berbeza pada borang keluar dan masuk, ia sepatutnya sama,” katanya lagi.
Pada 13 Julai 2011, Badrul atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard membuat laporan berhubung isu ini di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
Ekoran itu, SPRM menahan pegawai kastam, A Krishnan namun siasatan berkisar kemasukan cincin itu yang tidak dikenakan sebarang cukai.
Menurut Badrul, Datuk Seri Najib Razak setahun sebelumnya memansuhkan cukai ke atas barang kemas, perhiasan serta pakaian ketika pembentangan belanjawan di Parlimen.
“Hal ini ramai yang terlepas pandang. Adakah pemansuhan itu semata-mata bertujuan untuk perbelanjaan mewah seperti ini?,” soalnya lagi ketika dihubungi.
Baru-baru ini, media melaporkan kenyataan isteri perdana menteri itu yang ‘bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya’, namun mengaku barang kemas itu ada dibawa masuk.
Dalam pada itu, Badrul menyifatkan isu ditumbulkan semula, akibat serangan dari dalam Umno yang bertujuan menjatuhkan Najib.
“Dahulu strategi Rosmah yang membisu tentang isu ini berjaya buatkan rakyat lupa. Namun kini ia timbul kembali (sebagai) serangan ‘kasar’ dari dalam Umno sendiri ke atas kelemahan terbesar Najib, iaitu Rosmah,” katanya.-Keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment