Monday, January 7, 2013

Akhbar Umno kutip apa sahaja di atas jalan


Pemindahan pemilikan saham syarikat Upayapadu membabitkan dua pemimpin DAP Perak tahun lepas telah dimaklum kepada lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Lembaga Pengarah Yik turut dianggotai Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan. Ia dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala anggota-anggota lain iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.


Anggota lain Mufti, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan pengarah Yik.

Mohd Amar berkata, ahli Lembaga Pengarah Yik dianggotai mereka yang bukan calang-calang orang kerana mempunyai kewibawaan dalam bidang masing-masing.

“Apa yang berlaku membabitkan syarikat itu hanya pertukaran milik saham. Urusniaga dijalankan secara sah. Kalau ada pihak yang masih ragu, SPRM boleh datang menyiasat.

“Kita tidak takut atau sembunyi apa-apa kerana semua proses berlaku mengikut peraturan ditetapkan,” katanya pada ceramah isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Dewan konvesnyen KTC penuh dengan orang ramai sehingga ramai yang terpaksa berdiri di bahagian belakang. Sebelum itu di dewan tersebut ditayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Tentera merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Pada Disember lalu akbbar milik Umno mendakwa tanah Yik yang dibangunkan dengan projek ladang hutan diberi kepada pemimpin DAP Perak sebagai habuan kerana menyerah kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Mohd Amar berkata, pertukaran saham itu berlaku tahun lepas, sedangkan Perak dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Sekarang kerajaan Pakatan sudah tidak ada lagi di Perak. Tak masuk akal langsung tahun lepas baru hendak baru habuan kepada DAP.

“Inilah perangai suratkhabar Umno mengutip apa sahaja yang ada di atas jalan. Tak kiralah ianya betul atau salah semuanya hendak dimuat bagi menjaga pemiliknya Umno,” katanya.

Beliau juga berkata, Umno menjadi semakin gelabah kerana banyak laporan daripada agensi-agensi kerajaan, kedudukan BN dan Pakatan sekarang 50-50.

Kos mengurus RM6.5 juta sebulan

Beliau juga berkata, kerajaan negeri membenarkan Yik membangun tanah bagi menampung kos mengurus sekolah-sekolah agama sekarang meningkat kepada RM6.5 juta setiap bulan.

Katanya, Yik mengadakan usahasama dengan syarikat swasta dengan membangunkan ladang bagi mendapat pulangan hasil untuk menampung perbelanjaan mengurus.

“Kita buka kepada mana-mana syarikat yang berminat dan ada modal. Kita buka peluang kepada sesiapa sahaja termasuk syarikat milik orang Umno, MCA atau MIC.

“Namun tidak ada syarikat milik orang Melayu yang berminat. Syarikat Teras Jati masuk namun tidak mengusahakannya. Kemudian diberi pula kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd," ujarnya.

Syarikat terbabit yang dipengerusikan Datuk Seri Wong Yeon Chai diberi surat tawaran oleh Yik pada 28 Ogos 2005. Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dengan perjanjian selama 50 tahun dan bukannya diberi hak milik.

Ia mampu menjana pendapatan Yik melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun bagi getah klon.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...