Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, January 31, 2013
Arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dihantar ke Sabah
Belum reda isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian warga asing di Sabah, timbul pula pendedahan baru tentang arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau.
Mendedahkan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi surat yang diterimanya melalui pos.
Katanya, timbul keraguan kerana arahan JPN kepada semua Pengarah Bahagian, Negeri dan Ketua Pejabat JPN itu dikeluarkan secara tergesa-gesa.
Tambahan pula katanya, IC dan Mykid itu perlu dihantar terlebih dahulu ke Keningau atas alasan kerana auditor JPN berada di sana.
“Timbul keraguan kerana surat dihantar pada 14 Disember dan mesti diterima pada 31 Disember ke Keningau. Saya minta kerajaan umumkan berapa jumlah IC yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dan bila tarikh pelupusan.
“Ini yang membuatkan kita rasa pelik. Kenapa dihantar ke Keningau dulu. Tidak adakah pihak lain yang boleh uruskan sementara auditor di Sabah?,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Justeru itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menjelaskan perkara tersebut kerana JPN berada di bawah pengurusannya.
“Saya minta kerajaan terutama KDN tampil buat penjelasan berhubung surat dari JPN yang amat diragui. Apa tujuan sebenar perlu dihantar ke Keningau? Jika betul auditor berada di sana kerana tugas, saya pasti beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk membuat pemeriksaan ke atas IC dan Mykid yang dihantar itu.
“Ini jelas akan berlaku manipulasi terhadap IC tersebut pada masa pilihan raya umum semakin hampir,” katanya.
Surat yang ditandatangi oleh Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar itu juga memberitahu, penggunaan beg berkunci untuk IC dan Mykid tersebut tidak dibenarkan dengan alasan pegawai pendaftar di Keningau tidak mempunyai kunci untuk setiap beg.-Keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment