Wednesday, September 21, 2011

Mudah jadi warganegara macam beli barang e-lelong

Negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional. Mereka sanggup gadaikan maruah bangsa gara-gara untuk kekalkan berkuasa. Justeru itu tolak UMNO-BN di PRU 13 nanti

               Pendedahan Menteri Bangladesh bahawa rakyat negara itu begitu mudah diberi kewarganegaraan Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan.
               Biarpun dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak benar, namun ianya sukar diterima rakyat dikala kes demi kes berhubung pendatang asing boleh mengundi didedahkan.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, jika benar dakwaan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed bahawa rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi, bermakna untuk mendapat taraf kewarganegaraan di negara ini begitu mudah seperti membeli barang melalui internet.



"Kalau sebelumnya didedahkan oleh pihak pembangkang, sekarang didedahkan oleh laman web kerajaan Bangladesh. Kita tunggulah apa pula jawapan daripada raja lawak BN.

"Nampaknya hendak menjadi warganegara begitu mudah seperti memberi barang di dalam e-lelong," katanya.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai .

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Idris berkata negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa yang sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional.

"Apakah pemimpin negara ini sudah hilang maruah demi kepentingan kuasa dan harta sehingga menggadai maruah untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada sesiapa yang dirasakan dapat memberi keuntungan jangka pendek.

"Apakah strategi ini terpaksa dibuat kerana anak watan di negara ini sudah mual dengan kerajaan yang ada pada hari ini, maka jalan terakhirnya mendapat bantuan daripada orang luar walaupun merbahaya kepada masa depan negara," soalnya.-Hrkhdly

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...