Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.
Surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” katanya pada respon melalui facebook hari ini.
Dr Mahathir seperti dillapor media hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan melaksanakan hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi berada di kerusi perdana menteri sekarang.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 melulus rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II).
Bagaimanpun pelaksanaan perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak ada kerjasama kerajaan pusat termasuk amaran perdana menteri ketika itu.
“Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semalam beliau juga melahirkan rasa tidak setuju pendapat bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap suasana belum sesuai dilaksanakan hukum hudud di negeri ini.
Sedangkan katanya, kerajaan Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.
“Telah banyak program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan seperti pemerintahan Kelantan berasaskan tiga teras iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.
”Di samping itu pelbagai program kebajikan seperti skim Kifaalah, bantuan beras percuma Al-It’aam dan pelbagai lagi itu bertujuan memelihara kebajikan rakyat,” ujar beliau.
Dr Asri ketika membentang kertas kerja pada seminar ulangtahun hudud di Kelantan baru-baru ini menyifatkan suasana belum kondusif bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan hukum Islam.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment