Thursday, September 22, 2011

Najib Tidak 'kool' - Anwar

Jika Najib di pihak yang benar, kenapa takut untuk hadir ke Mahkamah? Apakah Najib takut bertempur dengan Anwar ?Tentu ini tidak 'KOOL'.
         Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya mahu mengenepikan sepina yang dikeluarkan bagi menjadi saksi kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.
         Anwar berkata, tindakan Najib itu ibarat mengundur diri sebelum bertempur berikutan sebelum ini Presiden Umno itu berkata, beliau akan hadir sebagai saksi jika pihak pembelaan mengemukakan sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'," kata Anwar.


Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi dalam perbicaraan fitnah liwat kedua, yang sedang berlangsung.

"Najib hari ini mahu ketepikan sapina kami untuk jawab di mahakamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disapina. Tetapi sekrang beliau tak mahu hadir pula," katanya.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," katanya.

Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...