Sunday, September 18, 2011

ISA diganti baru tapi amalan penahanan tanpa bicara kekal


Kemungkinan akta baru yang akan digubal hanya Spesies yang sama dengan ISA. Cuma jenama yang berlainan.  
              Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak memberi makna kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus mengekalkan amalan penahanan tanpa bicara.
             Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melabel Perdana Menteri itu cuma bermain silap mata apabila bercadang menghapuskan ISA dan menggantikannya dengan dua akta baru.


Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, Najib langsung tidak memperinci dua undang-undang baru itu sekali gus menunjukkan amalan tahanan tanpa bicara terus kekal.


“Jika janji Najib diteliti, beliau sememangnya berazam untuk terus berbuat demikian,” katanya.

 Beliau mengingatkan, dua akta baru itu terus mengekalkan kuasa menteri yang bebas mengecop sesiapa termasuk ahli politik Pakatan Rakyat sebagai pengganas dan menahan mereka di bawah undang-undang baru itu nanti.
Sivarasa berkata, Pakatan Rakyat tetap tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara yang sepatutnya tiada tempat dalam era politik baru, sebaliknya mahu memastikan reformasi menyeluruh polis dan agensi penguatkuasa lain.
Beliau memberi contoh penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan lapan orang lain, kononnya  ‘mengumpul pelancar grenad dan molotov cocktail’ pada 2001.
Malah, katanya, penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar semata-mata memiliki baju-T bergambar Che Guevara dan Abdullah CD, menunjukkan salah guna kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Sivarasa juga menyifatkan cadangan mewujudkan dua akta itu mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan undang-undang baru meneruskan amalan penindasan.
“Perkara 149 adalah peruntukan Perlembagaan yang membenarkan ISA dan undang-undang menindas untuk terus wujud sebagai undang-undang sah,” katanya.
Beliau turut membidas Najib yang mendakwa dua undang-undang baru itu menyamai amalan negara demokrasi maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“Amerika peruntukan undang-undang itu untuk Guantanamo Bay hanya kepada warga asing. Pun begitu, mereka dikritik di seluruh dunia sedangkan Malaysia memenjara dan memberi layanan buruk kepada rakyat sendiri,” katanya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...