Thursday, December 23, 2010

Isu Husam: Hadi-Nik Aziz dijangka bincang Khamis ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan perkembangan terbaru di Kelantan — laporan media bahawa Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri Datuk Husam Musa berhasrat untuk melepaskan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am parti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadi dijadual mengadakan kunjungan ke Kelantan Khamis ini.

Ketika ditemui wartawan di Alor Star semalam, Hadi menjelaskan, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan hanya membaca menerusi laporan media.

"Saya kena tunggu maklumat sebenar," kata beliau ringkas.


Semalam, Husam dan Nik Aziz menafikan laporan media yang memetik sumber berkata, Exco Kerajaan Negeri itu mahu melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Dalam tulisan blognya, Husam turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar "belum berakhir".

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan "sebagai murid dan 'budak' Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih" semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Nik Aziz pagi semalam.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Jumaat lalu, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.-TMI

Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ualasan anda -Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...