Tuesday, December 14, 2010

Syabas Menjadi Penyumbang Terbesar Kepada Umno Dalam Pilihanraya?

SYABAS Biayai Umno?
Sebahagian daripada hasil keuntungan Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) digunakan oleh pimpinan syarikat itu untuk membiayai aktiviti Umno termasuk kempen bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu, kata Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari.

“Ada yang mengatakan syarikat ini menjadi penyumbang terbesar kepada Umno, Selangor khususnya. Dan kita lihat di pilihanraya kecil Hulu Selangor syarikat inilah yang menaja pemuda-pemuda Umno untuk menentang kerajaan negeri,” kata beliau kepada TVSelangor.

Syarikat konsesi SYABAS dan Puncak Niaga menjadi paksi kemelut air di Selangor yang telah berlarutan sejak hampir dua tahun.

Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail adalah bendahari Umno Selangor dan juga bendahari Umno Hulu Selangor. Beliau laporkan meraih gaji lebih RM400,000 sebulan dan sering mengeluarkan kenyataan mencemuh pimpinan Pakatan Rakyat.

Rozali memiliki 40 peratus saham Puncak Niaga yang mempunyai 70 peratus pegangan ekuiti dalam SYABAS
.

SYABAS menyaman kerajaan negeri kerana enggan membenarkannya menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus, sebagaimana yang dipersetujui dengan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional(BN) sebelum ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih aset SYABAS dan tiga syarikat konsesi lain dan menguruskan pengurusan industri air bagi memastikan rakyat Selangor tidak dibeban dengan harga air tinggi.

SYABAS menolak tawaran yang dibuat sebelum ini dan minggu lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan SYABAS, Puncak Niaga, Abass dan Splash akan ditawar semula menyerahkaN aset mereka pada harga RM6bilion.

Yaakob berkata walaupun untung SYABAS diguna untuk tujuan politik dan melawan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri tidak bermusuhan dengan syarikat itu.

“Tidak bermusuh,hanya kerajaan negeri menuntut penstrukturan semula pengurusan air negeri Selangor yang mana aset air ini adalah hak rakyat negeri Selangor,” kata beliau.

“Usaha kita ini hanya untuk memulangkan (hak air kepada rakyat). Kita tidak mengambilnya dengan percuma sedangkan kita serahkan pada mereka tanpa caj tambahan. Semuanya telah bersedia. Jadi apabila kita meminta balik aset yang kita berikan kepada mereka apa salahnya? Dan kita tidak mengambil atas kerugian. Kerajaan negeri membuat tawaran disamping hutang-hutang syarikat tersebut dan ditambah untung kehadapan pun kita bayar,” tambah beliau.

Yaakob berkata rundingan untuk membolehkan kerajaan negeri menguruskan industri air di Selangor dicantas oleh beberapa pihak yang ada kepentingan tertentu dengan agenda tersembunyi.

“Ini yang pasti, ada tangan ghaib di belakang yang menghalang usaha ini dari berjaya,dan orang nak menghalang kerajaan ini tidak berjaya. Mereka hendak beritahu kepada umum bahawa kerajaan negeri konon gagal untuk menstruktur semua industri air," kata beliau.-TVSNews


Setelah Membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...