Sunday, December 12, 2010

Mempertahankan Perlembagaan Negara Serta Membela Rakyat Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama

Konvensyen Pakatan Rakyat: Pertahan agenda Bersama:

Kovensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada memperkasakan agenda bersama gagasan pembangkang itu untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persidangan itu akan turut mengatur langkah untuk menentang politik perkauman yang di bawa oleh Umno.

Anwar yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengadakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR petang tadi.

Mesyuarat ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu Ketuanan Melayu untuk membakar sentiment kaum itu.

PKR dan rakan-rakan menegaskan pemimpin Umno hanya menggunakan konsep Ketuanan Melayu untuk memperkayakan diri dan kroni manakala sebilangan besar masyarakat Melayu masih dicengkam kemiskinan dan kemunduran.


Anwar dan rakan-rakannya sekali lagi menegaskan hari ini mereka mendokong agenda bersama Pakatan Rakyat dan pada masa sama menentang politik perkauman, khususnya konsep ketuanan Melayu tajaan Umno.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah UMNO yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati,"katanya.

Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Beliau merujuk kepada tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum beliau tanpa memberikannya peluang mengemukakan bukti dan keterangan mengenai aktiviti syariat pro-zionis Apco Worldwide yang diupah oleh kerajaan umno-Barisan nasional.

Majoriti ahli jawatakuasa itu yang meluluskan hukuman itu adalah ahli parlimen Umno-BN.

Menurut sumber, Anwar akan digantung enam bulan dari parlimen.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata asakan Umno terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menyerlahkan rasa bimbang pemerintah terhadap pembangkang,

Justeru serangan Umno berpaksikan fitnah terhadap pakatan rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Konvensyen kedua PR di Penang adalah langkah yang penting untuk buat persiapan bagi PR yang dijangka berlaku bila-bila di tahun depan. Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta partti komponen PR yang menunjukkan mereka takut dan khuatir mengenai pengaruh pakatan rakyat,"katanya.

Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan Perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk. Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan Barisan Nasional dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaa," katanya.-TVSNews


Setelah membaca artikel ini. sila beri sedikit komen dan ulasan anda  - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...