Sunday, December 12, 2010

Pemuda PAS Akan Himpunkan Keseluruhan Kekuatan Pemuda Untuk Hadapi PRU 13

Nasrudin Hassan
PRU 13: 30,000 Pemuda Berkampung Di Kedah
Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.

"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.

Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.


"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi.

Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.

Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.

Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.

"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .

"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.

Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.

"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya -Sumber..

Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...