IC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.
Malaysia menuju demokrasi gelap! di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia "boneka yang dilacurkan" untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.
Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang "mengikat" leher Rakyat, maka pelbagai helah & berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.
Melalui tindakan ini, tujuan Regim UMNO-BN , tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka . Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.
Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke "ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berpelembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!". Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!
AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan & Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.
HASANI MOHAMED
Koordinator Media
Kelab Anwar Ibrahim(AIC)
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment