Sunday, December 5, 2010

Laporan terkini Perhimpunan Aman,"Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat"

 Kuala Lumpur, 5 dis -Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’.

1.10 pm – Semua jalan menuju ke Istana Negara dan Masjid Negara ditutup.

1.00 pm – 5 lagi peserta demo berpakaian merah sambil membawa sepanduk ditahan di Muzium Negara.

12.55 pm – Lebih 10,000 mula membanjiri kawasan Masjid Negara untuk menyertai perarakan menyerahkan memorandum ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ kepada pihak Istana Negara.

12.45pm – 10 ahli GAPS diketuai Hamidzun Khairuddin, tiba di pekarangan Istana Negara menaiki dua kenderaan MPV menyerahkan memorandum mereka kepada wakil pegawai Istana. Polis dilohat memberi kerjasama sepenuhnya dan membenarkan kedua-dua kenderaan terbabit memasuki perkarangan istana.

12.10 pm- Dalam perkembangan terbaru, Exco Selangor, Elizabeth Wong menulis dalam twitternya, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, S. Arutchelvan dan seorang lagi anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di KL Sentral, ketika dalam perjalanan ke Istana Negara.



Kumpulan mahasiswa turut menyertai perhimpunan aman 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara
Sementara itu, Penyeleras Kempen Air untuk Rakyat, Badrul Amin Bahrom melahirkan kekesalannya di atas penangkapan ketiga-tiga mereka. Menurut beliau, ini adalah usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi menyertai perhimpunan aman tersebut.

Kira-kira 3,000 rakyat mula membanjiri Masjid Negara. Turut kelihatan di pekarangan Masjid Negara ialah Badrul Hisham Shaharin, Elizabeth Wong, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobind Sing Deo.

11:45am – Orang ramai kelihatan mula membanjiri Masjid Negara.

Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan seramai ‘50 marsyal demo’ memaklumkan dalam twitternya bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membatalkan hasrat berarak dengan berjalan kaki ke Istana Negara, sebaliknya ke sana dengan menggunakan kenderaan.

11.15am – Polis kini mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara.

11:10am – Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang.

Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Batu 3. Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3 Shah Alam juga turut terjejas.

10.50am – Polis telah menutup Jalan Kinabalu. Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara. Sekumpulan 20 anggota polis biasa turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat lliputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoalsiasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian.

10.30am – Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers

10.00am – Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. TVSelangor dimaklumkan, semua pintu masuk ke pekarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat yang dirancang Kerajaan Selangor.-SelangorKini

Setelah membaca artikel ini, sila beri komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...