Sunday, December 5, 2010

Bantah Kenaikan Air, Rakyat Ditangkap. Polis Gunakan Gas Pemedih Mata Dan Semburan Air


Perserta Bantah Kenaikan Air Kena Gas
Kuala Lumpur, 5 Dis - Kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.
Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara.
Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai.
Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memyampaikan ucapan

Sebahagian peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air oleh syabas di perkarangan Masjid Negara.
AJK PAS Pusat, Mohd Sabu turut menyertai rakyat menolak penswastaan air.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Mohd Salleh turun bersama rakyat menyatakan bantahan,
Rakyat dari pelbagai lapisan yang menyertai bantahan kenaikan harga air oleh syabas.
Pasukan polis membuat halangan
Jentera water canon menyebur air dan melepaskan gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan amanHarakahDaily.net
  
Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...