Showing posts with label Bantah Kenaikan Air. Show all posts
Showing posts with label Bantah Kenaikan Air. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Bantah Kenaikan Air, MB Kesal Polis Mungkir Janji. Rakyat Ditangkap Dengan Tindakan Polis Guna Kekerasan


MB Kesal Polis Mungkir Janji
KUALA LUMPUR, 5 DIS - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis menggunakan kekerasan dan menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Beliau berkata polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman namun menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

Khalid menyatakan kekesalannya dalam satu kenyataan sebaik sahaja selesai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi

Bantah Kenaikan Air, Rakyat Ditangkap. Polis Gunakan Gas Pemedih Mata Dan Semburan Air


Perserta Bantah Kenaikan Air Kena Gas
Kuala Lumpur, 5 Dis - Kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.
Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara.
Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai.
Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memyampaikan ucapan

Friday, December 3, 2010

Bantah Kenaikan Air, Pakatan Rakyat Menyeru Rakyat Selangor Keluar Menyertai Perarakan



Memo Air Serah Kepada Agong


Pakatan Rakyat menyeru rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur keluar menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang dipertuan Agong di Istana Negara, Ahad ini.

100 ribu rakyat Selangor telah menandatangani memorandum membantah kenaikan tarif 37 peratus yang akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara jam 12 tengahari.

"Ini adalah perhimpunan menyatakan pendirian warga selangor dan Wilayah Persekutuan terhadap satu aset awam yang perkosa sesetengah pihak untuk keuntungan. Apa yang kerajaan PR Selangor cuba lakukan ialah kembalikan semula hak ini sebagai satu aset awam kemudahan untuk rakyat jelata," kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...