Monday, December 13, 2010

Mahathir Sendiri Bersifar "Racist'

Ann Wan Seng: Politik Perkauman, Mahathir 'Cakap Tak Seupa Bikin'

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ann Wan Seng menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad supaya Barisan Nasional tidak memainkan isu politik perkauman sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Beliau yang hairan dengan kenyataan itu berkata Mahathir sebenarnya tidak layak bercakap soal tersebut sedangkan pada masa yang sama beliau menjadi penyokong tegar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang menurutnya jelas bermotif perkauman.

"Ini kita dapat lihat daripada pelbagai senario terutamanya orang yang memperjuangkan rakyat kita bersatu padu tetapi dalam masa yang sama, ada pula pihak yang menyokong pertubuhan yang jelas bersifat perkauman seperti PERKASA.


"Saya berasa bimbang seandainya isu perkauman ini diperbesar-besarkan atau diperjuangkan akan menyebabkan berlakunya perbalahan, pergaduhan dan mungkin pertempuran di antara kaum di Malaysia.

Ujarnya, sepatutnya perkara-perkara seperti ini dielakkan supaya kejadian yang berlaku satu ketika dahulu tidak berulang semula.

"Saya berpendapat bahawa para pemimpin negara dan politik bertanggungjawab dengan setiap kenyataan mereka keluarkan. Jangan jadi seperti mana orang yang bercakap tidak serupa bikin atau cakap tapi bikin apa yang dia cakap tapi dia kena cakap dan buat apa yang dia sebut.

"Kalau kita benar-benar memperjuangkan perpaduan, bermakna mesti ada usaha ke arah tersebut dan jangan dalam masa kita memperjuangkan perpaduan tetapi melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan perbalahan di antara kaum," jelasnya lagi.

Justeru, Ann Wan Seng berkata beliau tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir dan hanya merupakan cakap-cakap orang politik disebabkan BN juga merupakan pakatan perkauman.

Tambah beliau, apa yang berlaku dalam BN hari ini hanya bekerjasama untuk mempertahankan kuasa yang mereka miliki tetapi kejujuran, keikhlasan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang sejati itu masih belum ada.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang bersetuju dengan kenyataan itu berkata jika ia benar-benar dilaksanakan BN selepas ini tidak ada modal lagi untuk diperjuangkan.

Katanya, ia supaya selepas ini politik akan dibandingkan atas dasar pencapaian, ketelusan, keadilan dan kecekapan sesebuah negeri yang diterajui sesebuah parti.

"Semua pencapaian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat ditutup oleh BN dengan suasana perkauman yang ditimbulkan, sehingga orang Melayu tidak berani hendak melihat pencapaian kerajaan PR oleh kerana isu kaum.

"Kalau BN betul-betul berani tinggalkan isu perkauman, saya cukup sokong. Biar rakyat pilih berdasarkan prestasi masing-masing dan bukan atas dasar sentimen dan emosi," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yakin BN tidak berani berbuat demikian kerana itu merupakan modal yang digunakan BN selama 50 tahun memerintah sejak negara merdeka.

"Ini macam orang jual roti tapi minta pelanggannya jangan makan roti canai, perkauman inilah modal politik BN tapi kalau dia hentikan, habislah dia....tapi kalau dia hentikan, saya cukup sokong," ujar beliau.-TVSNews


Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...