Pakatan Rakyat akan menjadi saingan yang sengit kepada Umno BN di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.
Beliau berkata, meskipun kerusi tersebut merupakan kubu kuat Umno BN, namun jentera pemuda akan berkerja bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut.
"Harapan saya jentera pemuda turun berkerja habis-habisan. Walaupun itu kerusi kuat BN tapi melihat kepada mood rakyat dan cabaran semasa, kita akan beri saingan yang sengit kepada Umno BN untuk mencapai kemenangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sehubungan itu katanya, jentera pilihan raya pemuda PAS bersama pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran bagi menghadapi pilihan raya kecil ini (PRK).
"Saya akan bersama pemuda Johor dalam merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran dan saya pasti semua jentera PAS seluruh Malaysia sudah bersedia untuk turun ke Tenang.
"Kita akan berkerjasama dengan jentera dalam Pakatan Rakyat dan saya akan bawa cadangan untuk meubuhkan bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk berkampung sepanjang kempen pilihan raya," katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.
Menurutnya, jentera pemuda meletakkan sasaran untuk menerangkan secara terperinci agenda Pakatan Rakyat kepada pengundi agar mereka faham.
"Kita ada satu target iaitu kita akan mengenengahkan untuk menerangkan secara terperinci agenda Pakatan untuk ke Putrajaya.
"Kita tak menipu rakyat dan tak gula-gulakan rakyat.kita bersifat menerang terutamanya kejayaaan Pakatan Rakyat dan kenapa perlu kemenangan di Dun Tenang untuk bagi kuasa di Dun Johor.
"Dalam masa yang sama saya mengharapkan kerjasama Dapsy dan AMK untuk turun berkampung dan beri penjelasan isu yang sepatutnya rakyat tahu," katanya lagi.
Ujarnya juga, Pakatan Rakyat amat berbeza dengan Umno BN yang hanya mengutamakan pengundi di Felda sahaja.
"Kita melihat kepada Umno yang memberi tumpuan kepadda 4,000 ribu pengundi Felda sebagai pengundi emas. Inilah Umno.Tapi Pakatan melihat kepada semua pengundi yang layak mengundi dan semua rakyat adalah emas.
"Kita tak kira Felda, luar bandar ataupun bandar.bandar.Ini beza kita dengan Umno," katanya lagi.
Beliau turut memberitahu, Pakatan akan bermesyuarat esok bagi merangka gerak kerja dan melihat persediaan pemuda negeri sebagai tuan rumah.
"Kita lihat dahulu persiapan tuan rumah. Kita akan membantu mereka untuk melaksanakan segala gerak kerja.
"Saya minta Pemuda Labis mula berkampung bermula 10 Januari dan kita akan keluarkan jadual penuh tugasan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Labis, Johor pada 22 Januari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Jan.Sumber Di sini
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
No comments:
Post a Comment