Saturday, December 11, 2010

Separuh Rakyat Malaysia Berpendapat Gejala Rasuah Semakin Burok

TIjpg

Bukan sahaja indeks rasuah Malaysia di peringkat antarabangsa bertambah teruk kini separuh rakyat negara ini pula mengesahkan bahawa gejala keji ini semakin berkembang dan berleluasa.


Dalam kajian yang dijalankan oleh Transparency International (TI) berkaitan Barometer Antarabangsa Rasuah 2010, 46 peratus atau hampir separuh rakyat Malaysia yang disoalselidik dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa mengakui gejala rasuah semakin buruk.

TI berkata peratusan yang tinggi ini pada tahun ini adalah lebih tinggi daripada statistik tahun 2009.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 19 peratus rakyat Malaysia berpendapat amalan rasuah telah menurun manakala 35 peratus lagi berkata keadaan masih tidak berubah.

Badan itu juga berkata daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam soalselidik secara bersemuka dalam tempoh 28 Jun hingga 26 Julai 2010, jumlah yang mengaku terlibat dalam amalan rasuah hanya 9 peratus atau 90 sepanjang tahun lalu.


Amalan rasuah yang terpaksa dilakukan termasuk kepada anggota polis atau kakitangan di kaunter pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Menurut majorit mereka yang ditemuramah besar pasukan polis merupakan golongan paling terjejas dengan amalan rasuah dengan mencatatkan mata 4.1 daripada maksima sebanyak 5 mata.

Ini diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen dengan masing-masing mencatat 4.0 dan 3.4 masing.

Walaupun jumlahnya nampak kecil tetapi jika dibandingkan dengan 22 negara Asia Pasifik, Malaysia jatuh di tangga ketujuh dalam kumpulan negara yang didahului oleh Korea Selatan di mana hanya dua peratus rakyatnya terbabit dalam aktiviti rasuah dalam tempoh yang sama.-SK

Setelah membaca artikel ini, beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...