Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, December 2, 2010
Anwar Ramal PRU 13 Akan Diadakan Mach 2011 Ekoran Pemilihan Umno Ditangguhkan
Anwar - PRU 13 Mac Depan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan pada Mac 2011 depan.
Ramalan itu, tegas beliau ekoran pengumuman presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pemilihan Umno ditangguhkan selama 18 bulan.
Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan pada Mac 2011 telah menangguhkan selama 18 bulan yang dilihat pemerhati politik memberikan signal akan berlakunya pilihanraya umum pada tempoh tersebut.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Najib yang juga pengerusi BN mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.
Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.
"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan," katanya - TVSNews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment