Tuesday, December 7, 2010

Pendakwaan Khir Toyo Tindakan Politik Untuk Memperbaiki Imej UMNO-BN Yang Terus Rosak

Ahmad Lutfi Otthman
Ahmad Lutfi : Heret Khir Toyo Ke Mahkamah Dibimbangi Tindakan Kosmetik
Rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan tindakan kosmetik mengheret bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah terhadap beliau.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman yang dihubungi berkata ia merupakan tindakan politik yang cuba memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno-Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya rasa Najib amat terdesak untuk membuktikan pemerintahannya begitu tegas untuk membanteras amalan rasuah.

“Cuma bagi saya, sepatutnya proses siasatan dijalankan secara telus. Apa yang dibimbangi adalah amalan dakwaan terpilih yang menjadi budaya kepada perjalanan Jabatan Peguam Negara.


Ditanya, sama ada mempunyai hubung kait dengan Pilihanraya Umum akan datang, beliau secara peribadi menjelaskan bahawa terlalu awal bagi Najib mencadangkan Parlimen dibubarkan.

“Apa pun, ini merupakan satu tindakan politik untuk memulihkan imej beliau kerana pilihanraya kali ini cukup kritikal bagi beliau.

“Merujuk kepada tahun 2004, Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Badawi lebih tegas untuk membanteras rasuah.

“Ramai nama-nama besar yang masuk ke mahkamah ketika itu, akhirnya dibebaskan begitu sahaja,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh Najib untuk berdepan dengan PRU dan tindakan mengheret nama-nama besar merupakan salah satu daripadanya.

“Saya tidak jangka PRU akan diadakan sebegitu cepat hanya kerana kes-kes ini.

“Bagi saya, beliau perlu membentuk satu landasan di mana saya tidak nampak rakyat tidak mudah dipengaruhi dengan beberapa tindakan kosmetik yang kita sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan kes tersebut,” tambah Ahmad Lutfi kepada Selangorkini.

Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...