Dr Lo' lo' Ghazali |
Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik BN tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.
Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.
Kedua-duanya berkata demikian sebagai menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.
Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.