Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Migrant Care dilaporkan menemuramah pembantu rumah itu tidak lama selepas mangsa dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama.
Dalam laporan yang dihantar ke Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia serta kepada Abdullah ketika itu, Migrant Care mengesahkan pembantu rumah itu mengaku dirogol oleh menteri berkenaan pada tahun 2007.
Isnin lalu, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, bersabit kes itu.
Migrant Care menyatakan bahawa mangsa dan suaminya meminta supaya tidak menghebahkan kejadian itu kerana takutkan pengaruh menteri berkenaan.