Friday, December 7, 2012

UMNO tak sebulu dengan MCA ‘disengajakan’?


Ketika pimpinan UMNO ghairah menakutkan orang Melayu dengan momokan akan berulangnya 13 Mei sekiranya BN tewas pada PRU ke-13, manakala MCA menakutkan kaum Cina dengan mendakwa jika PR memerintah, mereka akan kehilangan hak politik, ekonomi, pendidikan, sosio-ekonomi dan kewarganegaraan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata apa yang lebih keji, tuduhan dan momokan UMNO itu adalah adalah tidak berasas dan penuh dengan ‘auta’.

“Mereka berkata, kekalahan UMNO pada PRU-13 juga boleh mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa politik dan sudah tidak punya apa-apa lagi dan menjadi melukut di tepi gantang.


“Dan dakwa mereka (UMNO) lagi akhirnya orang Melayu menjadi paling bangsa paling bangsat dan merempat di tanah sendiri.” katanya.

Katanya, dakwaan itu adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab pemimpin UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO mengenai “13 Mei”.

Sambil menafikan perkara itu akan berlaku, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan bahawa keadaan itu mungkin akan menimpa pemimpin UMNO sendiri dan bukan orang Melayu sekiranya UMNO tidak mampu mereformasikan dirinya selepas dikeluarkan dari Putrajaya nanti.

Menegaskan kenyataannya sebelum ini, beliau berkata, UMNO-BN akan digantikan dengan PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

“Ini adalah bukti kukuh kegagalan dan kepura-puraan dasar 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.” jelasnya.

“Jika dasar 1Malaysia yang disebutkan Najib bukan sekadar gimik bagi meraih undi pada PRU-13, ia sepatutnya menjadi semangat di dalam ucapan pemimpin UMNO/BN dan persidangan parti mereka.” ujarnya.

Malangnya, menurut Kit Siang, laungan 1Malaysia Najib ibarat sia-sia saja seperti mana yang digambarkan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 itu.

“Mereka perlu jujur menjawab adakah Melayu atau Cina yang akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO-BN digantikan oleh Pakatan Rakyat pada PRU-13?

“Jawapan yang sebenar bukan orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban yang akan kehilangan kuasa politik tetapi UMNO dan semua konco-konco mereka di dalam parti komponen BN,” ujarnya.-Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...