Selepas Utusan Malaysia, akhbar The Star milik MCA pula meneruskan agenda bagi kepentingan politik tuannya dalam usaha menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan bukan Islam.
Lebih-lebih lagi apabila akhbar yang mempunyai pembaca bukan Islam itu sengaja mensensasikan isu yang dikatakan kes 'khalwat' di Kelantan yang telah berlaku beberapa bulan lalu padahal ianya bukan kes khalwat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata isu yang dianggap panas oleh The Star itu sebenarnya hanya sebahagian dari agenda politik MCA.
Katanya, MCA cuba menggunakan akhbar itu untuk cuba mengelirukan bukan Islam, selain mengangkat isu lapuk untuk disensasikan.
"Isu ini hanya kerana agenda politik MCA untuk 'cover' semula akar umbi masyarakat bukan Islam kerana MCA sedang berusaha untuk 'survival' mereka dengan percaturan politik mereka dengan DAP," tegas beliau kepada media.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah Mustafa, MCA kononnya menggunakan isu tersebut untuk 'memukul' DAP kerana parti itu bersama-sama dengan PAS, sedangkan ia tiada kaitan dengan DAP sebaliknya melibatkan kerajaan negeri.
Mengulas kes tersebut, Mustafa berkata apa yang dilaporkan The Star menunjukkan seolah-olah orang bukan Islam yang dikatakan ditangkap khalwat itu diambil tindakan di bawah undang-undang syariah.
Hakikatnya, apa yang berlaku di Kelantan itu tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam, sebaliknya berkait dengan satu Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Malah, tegas Mustafa selama PAS memerintah Kelantan, tidak seorang pun bukan Islam pernah diambil tindakan di bawah undang-undang syariah.
"Isu ini berkait dengan satu akta kerajaan tempatan 1976, yang menyeluruh bagi Malaysia, ada Undang-Undang Kecil Taman yang diterima pakai di Kelantan pada 1986. PAS belum perintah lagi waktu itu. Jadi, kenapa sekarang baru timbul?
."Itu saya kata sengaja nak tunjukkan PAS tidak adil apabila bertindak terhadap bukan Islam," tegas beliau.
Tambah Mustafa lagi, isu berkaitan perkara ini pernah berlaku di Kuala Lumpur pada 2003, membabitkan pasangan bukan Islam yang didakwa atas dakwaan 'berkelakuan tidak sopan di tempat awam'.
Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”, satu jenayah di bawah undang-undang syariah.-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment