Sunday, December 16, 2012

DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai


Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.

Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi.

Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi


Keduanya ialah pastikan kemenangan Pilihanraya Umum akan datang dan ketiga ialah untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru Pakatan Rakyat mesti mengubah langskap politik menjadi parti yang besih daripada rasuah.

Jika gagal jelasnya, bermakna Malaysia berada di tahap lama malahan boleh buruk lagi ekoran mempunyai kepimpinan yang rekodnya tidak cemerlang.

"Kita ada tiga serangkai cabaran yang perlu dibuat bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketiga-tiganya penting untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dan hilang kuasa, " tegasnya.

DAP jelas Lim, tetap berkongsi tanggungjawab dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) bagi merealisasikan impian mendaki Putra Jaya sepertimana yang tertakluk dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga.

DAP juga percaya semua kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk memberikan tumpuan memenangi warga pertengahan Malaysia.

Islam

Menyentuh mengenai Islam katanya, DAP tidak menyebelahi MCA yang menyerang Islam sebaliknya mempertahankanya apabila cubaan mengaitkan dengan rasuah dan kemiskinan.

Bahkan, DAP juga mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap pembohongan dari MCA kononya beliau merelakan lelaki Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

"DAP mempertahankan Islam apabila MCA menyerang Islam dengan cuba mengaitkan dengan rasuah dn kemiskinan, mempertahankan Menteri Besar Kelantan dan memperbetulkan tuduhan MCA yang memperkecilkan calon wanita PAS semasa pilihanraya kecil Dun Tenang, Johor kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki, " ujar beliau lagi.

Beliau yakin tiga serangkai itu dapat menangkis anggapan sinis golongan yang tidak senang dengan tindakan Pakatan Rakyat menentang BN secara agresif untuk menerangkan kepada keseluruhan rakyat yang selama ini tidak senang dengan keangkuhan kepimpinan UMNO dan BN.

Rakyat juga dinasihatkan jangan terpengaruh dengan dakyat politik kotor BN yang melampau.
MCA yang tidak bermoral berganding dengan Gerakan yang tidak mempunyai keberanian ataupun pendirian manakala MIC sendiri tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang.

Ujar Lim, jalan menuju ke Putra Jaya akan menjadi mudah dengan formula baru berdasarkan kepercayaan sesama sendiri selari dengan apa yang ada dalam Buku Jingga.

"Rakyat dinasihatkan jangan sekali- kali terpengaruh dengan ancaman dan dakyah politik yang kotor. Sebaliknya cekalkan prinsip dengan semangat baru, " katanya.

Walaupun ramai lagi masyarakat Islam dan bukan Islam mempersoalkan samada Pakatan Rakyat mampu menjalinkan permulaan ini ianya tidak menjadi masalah sebab yang penting sekarang ialah gerak kerja mesti kuat dan sehala.

Justeru itu, BN cuba menimbulkan ketakutan untuk memastikan kekuasaan mereka terus kekal kerana kekalahan dalam pilihanraya umum nanti membuatkan mereka tidak senang duduk kerana ada antaranya akan dipenjarakan.- Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...