Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Sunday, December 9, 2012
Pengerusi BN Pulau Pinang rasis, anti Melayu dan Islam
Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.
Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.
Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri. Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.
Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun Bn mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang. Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan Bn di bawah pimpinan mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan Pakatan
Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno Bn di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.
Justeru itu, kerajaan Pakatan terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini. Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.
Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin Pakatan bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum. Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi Bn yang juga Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Othman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.
Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro Umno yang bertopengkan NGO seperti Perkasa, Jati , Pajim, Pertiga , Badai, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng. Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin Bn.
Teng adalah sebahagian pemimpin Bn yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri. Inilah wajah sebenar mereka. Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada PRU akan datang!
Abdul Malik Kassim
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment