Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, December 12, 2012
Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan
Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.
"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," katanya.
Baru-baru ini kerajaan Indonesia sekali lagi melarang rakyatnya berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila 105 pembantu rumah asing, di mana 95 dari mereka berasal dari Indonesia, dikurung dan dijadikan tawanan di negara ini.
"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak payah cakaplah soal berdebat dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), nampak sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari jauh.
"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan prestasi Najib.
Sambil mendakwa kononnya beliau berpuas hati dengan Najib, Dr Mahathir meneruskan tradisinya menghentam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri pada 2003 lalu.
Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai "simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada mereka.
"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata Salahuddin.
Bernama Ahad lalu melaporkan Najib mahu masyarakat India kembali menjadi "simpanan tetap" kepada BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.- Harakahdaily.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment