Sunday, December 30, 2012

Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh

Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog UMNO, Pisau Net

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.


Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.

"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.

Semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Lagipun katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi.

"Apa salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak bendera PAS berkibaran," katanya.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...