Saturday, December 1, 2012

Tuduhan Deepak: Adakah Muhyiddin bela Najib?


Datuk Seri Najib Razak perlu diheret ke mahkamah berikutan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.

Mengikut Malaysiakini, Deepak mendakwa, beliau membayar keluarga Najib sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, pendedahan Deepak semasa perhimpunan Umno berlangsung sangat tepat kerana memberi tamparan hebat kepada Najib selaku Pengerusi Umno.

“Pendedahan ini tepat pada masanya, dalam keadaan Umno sedang bersidang, pendedahan ini menuntut perwakilan Umno untuk menilai kredibiliti dan maruah pemimpin mereka.

“Najib secara terangan-terangan mengikut dakwaan Deepak terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Berdasarkan satu perjanjian penswastaan pada 2005, syarikat itu ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

“Pendedahan ini amat serius yang menuntut kepada siasatan terhadap pembunuhan Altantuya (Shaariibuu), perlu dibuka semula. Siasatan perlu dilakukan secara telus dan tidak ada mana-mana pihak yang dapat perlindungan undang-undang.

“Paling penting keupayaan melihat pendakwaan ini secara telus dan jangan cuba tutup kelemahan yang dilakukan mereka,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.-Keadilandaily


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...