Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, December 8, 2012
Sapu tanah: MCA dapat tanah murah di Kajang?
Sedikit demi sedikit skandal projek sapu tanah oleh BN Selangor sewaktu memerintah negeri itu dahulu mula terdedah. Terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching pula tampil dengan pendedahan berikutnya.
Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang ‘dibeli’ MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.
“Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.
Menurut Nie Ching, tapak itu kini sedang dibina bangunan pejabat MCA Hulu Langat (kanan) dan bukan untuk dibina tadika atau dewan orang ramai seperti yang didakwa.
Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.
Menurut Nie Ching, pampasan yang perlu dibayar untuk pengambilan balik tanah oleh kerajaan harus mengikut harga pasaran semasa.
“Sewaktu tanah itu dibeli MCA, mereka sekadar membayar RM1 sekaki persegi.
“Pampasan yang mereka dapat daripada Kerajaan Persekutuan adalah keuntungan yang mereka perolehi,” katanya.
Ditanya mengenai pampasan yang mungkin diberi kepada MCA, beliau memberi perbandingan Bangunan Dewan Perbandaran MPKj yang terletak berhadapan tapak milik MCA itu memohon RM16 juta sebagai pampasan lantaran projek MRT berkenaan.
Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan sebanyak 24 keping tanah di Selangor didakwa dijual murah kepada parti komponen BN semasa parti itu mentadbir negeri.
Beliau mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta hingga RM300 juta.
Daripada 24 bidang tanah yang didedahkan dibeli pada harga murah oleh parti komponen BN Selangor, lima daripadanya didaftarkan milik MCA.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment